Nadi X E-Sukan - Etika & Sikap Pemain E-Sukan

18 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2026 (Sabtu), seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menghadiri Kelas Kesedaran E-Sukan bertajuk “Etika dan Sikap Pemain E-Sukan” yang dianjurkan oleh NADI Bengoh. Program ini telah berlangsung selama satu jam, iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Topik perbincangan merangkumi sikap segelintir pemain yang bersikap kasar terhadap pemain lain serta penggunaan bahasa yang tidak sopan sepanjang permainan. Tingkah laku sedemikian telah ditegur sebagai salah laku dan pelanggaran etika kerana boleh mengganggu serta menjejaskan pengalaman pemain lain. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila terdapat pemain yang hilang kawalan emosi sehingga menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemain lain.

Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform LMS NADI E-Sukan. Melalui platform tersebut, peserta berpeluang menonton rakaman sesi yang telah disediakan.

Melalui penganjuran program ini, diharapkan para peserta dapat memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kesedaran bahawa disiplin serta sikap saling menghormati merupakan elemen yang amat penting dalam membentuk jati diri seorang pemain e-sukan yang beretika. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali